Muka bumi medan pertempuran Pertempuran Thermopylae

Pada masa itu, laluan Thermopylae terdiri daripada laluan sempit sepanjang pantai Teluk Malis yang hanya mampu dilalui oleh satu pedati pada satu masa.[57] DI sebelah selatan laluan terseregam tebing tinggi, sementara di utara terletak teluk. Sepanjang laluan terdapat tiga halangan, atau "pintu pagar" (pylai), dan pada pintu pagar tengah tembok pendek telah didirikan oleh Phocians pada abad sebelumnya bagi membantu pertahanan mereka dari penjarahan Thessalian.[57] Nama "Pintu Pagar Panas" datangnya dari mata iar panas yang terdapat di situ.

Hari ini, laluan itu tidak terletak berhampiran pantai tetapi di daratan disebabkan oleh mendakan Teluk Malis. Laluan silam kelihatan di kaki bukit sekitar padang, diapit oleh jalan moden. Contoh teras kini menunjukkan bahawa laluan itu hanya seluas 100 meter dan air naik sehingga ke pintu pagar. Kata Lyn Dore: "Para pelawat tidak menyedari bahawa pertempuran berlaku diseberang jalan dari mana berdirinya batu peringatan."[58] Laluan ini masih merupakan kedudukan pertahanan semulajadi bagi tentera moden dan Yunani ketika Perang Dunia II ia menjadi salah satu pertahanan terhadap penjajahan Nazi beberapa meter dari medan pertempuran asal.

Tugu Leonidas

Tambahan lagi, terdapat tugu moden pada tapak ini, dikenali sebagai "Tugu Leonidas" sebagai penghormatan kepada raja Spartan. Ia bercirikan patung gangsa Leonidas. Plag, di bawah patung, tertulis ringkas: "ּןכ‏ם כבג" ("Datang dan ambilnya!"). Metope di bawah menggambarkan gambaran pertempuran. Dua patung marmar di kiri dan kanan tugu, mewakili sungai Eurotas dan kuda Taygetos, tanda bagi Sparta.

Tugu Thespians

Pada 1997, tugu kedua dirasmikan oleh kerajaan Greek, sebagai penghormatan kepada 700 Thespians yang berjuang di sisi Spartans. Tugu tersebut diperbuat daripada patung marmar menggambarkan dewa Eros, yang disembah semasa Thespiae silam. Di bawah patung, papan tanda tertulis"Dalam ingatan bagi tujuh ratus Thespians".

Plak di bawah patung menjelaskan simbolnya :

  • Patung tanpa kepala melambangkan pengorbanan tanpa nama 700 Thespians kepada negeri mereka.
  • Dada menonjol melambangkan pergelutan, keberanian, kekuatan, semangat dan keberanian.
  • Sayap terdapang melambangkan kejayaan, kehormatan, semangat, jiwa dan kebebasan.
  • Sayap patah melambangkan pengorbanan dan kematian yang direlakan.
  • Tubuh bogel melambangkan Eros, dewa paling penting bagi Thespians silam, sebagai dewa pencipta, kecantikan dan kehidupan.

Tugu Thespians diletakkan bersebelahan dengan Spartans.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran Thermopylae http://www.greektexts.com/library/Herodotus/Polymn... http://www.iranchamber.com/history/articles/persia... http://humanitieslab.stanford.edu/contemporaryarch... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin///ptext?doc=P... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin//ptext?doc=Pe... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per...